TSUNAMI MALAYSIA Part 2

Initiative for Malaysian People's Alert and Awareness on Natural Disasters, safety and rescue plans, and recovery program for affected communities. Tsunami, ,Earthquake, Flood, Hurricanes, Landslides, explosion, fire, man-made & industrial disaster. We were caught totally unprepared for the TSUNAMI!

Friday, December 31, 2004

SEISMOLOGISTS HAD TO SHUT UP!

PAKAR KAJI CUACA THAILAND MENGAKU RAMAL BAHAYA OMBAK BESAR - TAPI MENYEMBUNYIKAN AMARAN!!



THAILAND'S EXPERT HAD TO SHUT UP FOR FEAR OF SCARING AWAY FOREIGN TOURISTS!!



(Berita Harian - Jumaat 31 Disember 2004)


BANGKOK - Pakar kaji cuaca Thailand sudah pun mengetahui kemungkinan negara itu akan dilanda
ombak besar tsunami beberapa minit selepas gempa bumi berhampiran Sumatera pada pagi Ahad lalu.




Bagaimanapun, selepas menghadiri mesyuarat krisis mereka tidak memberi amaran mengenai ancaman
itu dalam usaha melindungi industri pelancongan tempatan, lapor akhbar The Nation semalam.



Laporan itu yang turut dipetik akhbar Sweden, The Expresse, menyatakan pakar berkenaan mendapat
berita kira-kira jam 8 pagi Ahad lalu. Sejam selepas itu, ombak pertama melanda pantai negara
berkenaan.



"Bagaimanapun pakar berkenaan mula membincangkan kesan ekonomi jika amaran mengenai kemunculan ombak
besar dikeluarkan
", tulis akhbar itu.


Hujah utama menentang pengumuman mengenai amaran itu adalah disebabkan fakta tidak pernah
berlaku banjir besar dalam tempoh 300 tahun.



Selain itu, pakar berkenaan merasakan bahawa Pulau Sumatera akan menjadi penampan untuk pantai
di selatan Thailand.



Keputusan itu juga didorong KESILAPAN MAKLUMAT yang diterima pakar itu sebelum ini yang
menyatakan gempa bumi yang berlaku itu hanya berukuran 8.1 pada skala Richter
.


Gempa bumi yang sekuat itu di kawasan hampir sama pada 2002 tidak memberi sebarang kesan
atau menyebabkan banjir di Thailand.



Seorang pakar yang ditemuramah oleh The Nation berkata, jabatan itu hanya mempunyai empat pakar
gempa bumi berbanding 900 petugas jabatan kaji cuaca.


Seorang lagi pakar memberitahu akhbar itu, kemungkinan berlaku ombak besar dibincangkan
tetapi disebabkan risiko, mereka memilih untuk tidak mengeluarkan amaran.


"Kami akhirnya memutuskan untuk berdiam diri kerana musim pelancongan sedang rancak.
Semua hotel habis ditempah. Apa akan terjadi jika tiada apa yang berlaku selepas amaran
dikeluarkan, dan semua pelancong meninggalkan pusat peranginan."


"Industri pelancongan pasti akan terjejas jika tiada apa yang berlaku. Kami tidak
mahu disaman
," kata pakar itu. - Agensi


0 Comments:

Post a Comment

<< Home