TSUNAMI MALAYSIA Part 2

Initiative for Malaysian People's Alert and Awareness on Natural Disasters, safety and rescue plans, and recovery program for affected communities. Tsunami, ,Earthquake, Flood, Hurricanes, Landslides, explosion, fire, man-made & industrial disaster. We were caught totally unprepared for the TSUNAMI!

Tuesday, January 04, 2005

UMNO YOUTHS PLAYING GODS

We are really enraged by the behavior of these UMNO Youth people running around
with food & necessities asking the tsunami victims to beg for them and fill in
UMNO membership form!


''Isi borang Umno kalau nak lampin''
====================================

Oleh Mohd Sabri Said

SUNGAI PETANI, 4 Jan (Hrkh) - "Isi borang Umno kalau nak lampin", demikian luahan salah seorang mangsa Tsunami apabila menceritakan ketidakadilan yang dilakukan dalam pembahagian barang keperluan kepada mereka baru-baru ini.

Pembahagian bahan keperluan di penempatan sementara mangsa Tsunami di Sekolah Rendah Kota Kuala Muda, Kedah didakwa oleh para mangsa tidak profesional kerana berlaku banyak pilih kasih.

Ramai mangsa mengadu Puteri dan Pemuda Umno mengambil kesempatan menekan golongan yang dikategorikan pembangkang atau tidak sebulu dengan mereka walaupun daripada golongan Umno sendiri.

Bahan keperluan seperti tilam, minuman, roti dan sebagainya sukar diperolehi sebaliknya menjadi 'stok' di bilik gerakan mereka yang disumbangkan oleh orang ramai sebelum ini.

Tinjauan Harkahdaily ke penempatan tersebut semalam mendapati ramai mangsa meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap pengagihan yang dibuat.

Ada yang merasakan, mangsa tsunami bagaikan pemimta sedekah bila inginkan air mineral, tilam untuk anak kecil atau orang tua yang tidur beralaskan tikar.

Pemuda dan Puteri Umno acapkali mengatakan bekalan sudah habis bila mangsa cuba memohon bantuan mendapatkan apa-apa keperluan.

Malahan, ada juga Puteri dan Pemuda Umno main politik dengan menyuruh sesiapa yang mahukan barang keperluan perlu mengisi borang parti mereka terlebih dahulu.

Perkara ini didedahkan oleh Pak Cik Abdullah Haji Ahmad dari Kampung Kepala Jalan. Beliau disuruh mengisi borang Umno jika mahukan lampin pakai buang untuk cucunya.

Sekarang ini katanya, bukan masa untuk mengambil kesempatan mengaut sokongan sebaliknya masa untuk membantu atas rasa perikemanusiaan.

"Pak Cik hairan fasal apa depa buat macam itu. Nak ambil lampin pakai buang pun mereka cuba main politik, " ceritanya kesal.

Selain dari penempatan sementara, keadaan yang sama juga berlaku di Pejabat Penghulu di pekan Kota Kuala Muda.

Di mana banyak kotak berisi air mineral dan roti bertimbun di situ tanpa diagihkan kepada semua mangsa dengan sempurna.

Menurut salah seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Man berkata, tidak ada gunanya semua bahan keperluan makanan berhimpun di situ sedangkan mangsa berada dalam kelaparan terutamanya kanak-kanak.

"Ada kalanya kami terpaksa membeli sendiri makanan dan air kerana pembahagian tidak sempurna. Mujurlah ada wang RM500.00 yang disumbangkan oleh kerajaan baru-baru ini jika tidak di mana kami nak dapatkan duit, " ujarnya yang kehilangan rumah dan harta benda. - mks.


0 Comments:

Post a Comment

<< Home